
Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera!
Selamat bertemu kembali.
Alhamdulillah! Syukur kehadrat Allah S.W.T. kerana masih di beri peluang untuk sama-sama menjalankan ibadah puasa di tahun ini. Insya'Allah!
Sepertimana biasa, dalam kita menjalankan ibadah puasa tu, inginlah saya 'war-war' kan tentang pesanan yang pernah dipesan, agar saya tidak lupa untuk mengingatkan kepada semua pemesan-pemesan kuih Tart dan Makmur sepertimana kebiasaan pesanan setiap tahunnya.
Terimakasih kerana masih sudi menalipon pihak kami untuk membuat pesanan dan tempahan.
Di atas segala perhatian, sokongan dan kerjasama dari pihak tuan/puan, kami dahului dengan ucapan jutaan terimakasih.
SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA....
Salam Ukhwah...
Dari Kami: DAPUR WARISAN